Monday, 1 June 2015

Malu

Bismillah..

perempuan mesti Ada sifat malu kan?

Hadirkanlah sifat malu dalam diri kita


Sebab perempuan malu juga melambangkan Islam macam mana


Tapi,malu itu kene bertempat.


Aku pernah tercerita benda yang tak patut lelaki tahu.


Aku malu Sebab aku salah forward dekat group.


Itulah padah kalau tak berhati hati.

Aku nangis Sebab malu 


MALU sangat.


Aku ambik langkah drastik untuk left semua group yang ada lelaki 


kecuali group family.


Aku nak ajar diri aku supaya jangan tersilap.


Tapi yelah everyone makes mistake.Redha la 

Aku bersyukur Sebab Allah masih bagi aku sifat malu.


Bersyukur weh.



Sebab.......


Ustazah jah pernah cakap 2 Cara yahudi nak hapuskan Islam adalah :

1) hilangkan sifat malu pada wanita
    (Kalau perempuan tak malu maka lelaki pon akan rosak)
2) jauhkan kita daripada Al-quran.

Wahai perempuan sekalian tak takut ke Kalau kita hilang sifat malu?

Sebab hilang sifat malu lah wanita boleh buka aurat dia

Sebab hilang sifat malu lah mereka berani tergedik-gedik dengan lelaki tak kisah la 
melayu,India,cina,KOREA,Justin bieber DLL

Sebab hilang sifat malu lah mereka sanggup tukar dp waksep gambar lelaki ajnabi.Punca dia Sebab 
lelaki tu hensem or kau minat gila kat lelaki tu.

Lagi-lagi Kalau k-pop.Perghh aku memang anti kpop.Sebab dulu aku pon kpopers serious tak tipu.
Lepas dah lama dgn kpop mana ada rasa best pon tak tenang weh.

Yang baru nak berjinak dengan kpop tu baik lupakan je.kuburkan jela hasrat tu.

TAK RUGI.

Aku terbaca satu entri tarbiah sentap.they said..

nabi kata:

"Engkau bersama dengan orang yang engkau cintai (di akhirat kelak)" -hadis riwayat muslim

Ngeri...


Cuba bayangkan orang yang kita suka cinta semasa di dunia ialah kumpulan exo.Exo boleh bawa awak masuk syurga? 


Better kita bagi cinta dekat orang yang lebih patut.



Tanya la diri kita sendiri sebagai perempuan..

Rasulullah mesti sedih tengok umat dia Macam ni.Rasulullah struggle sangat naikkan martabat perempuan.Adakah kita hargai?! 

Kamu couple

Kamu ikut nafsu
Kamu dengar bisikan syaitan suruh couple
Kamu tak jaga Mata
Kamu tak kawal hati
Allahu semoga kita dijauhkan buat benda benda macamtu.

Aku pon tengah nak belajar jaga Mata,kawal hati,jgn ikut nafsu


Memang kene kuat.


kerana..


"Allah takkan mengubah nasib sesuatu kaum kecuali kaum itu yg mengubahnya  sendiri" (13:11) 


Kita kene la ada usaha.


Usaha untuk rasa malu.


Malu tu penting.


من جدا و جدا 

Peace.


Jika Umar Alkhattab pun boleh berubah, tak mustahil, kpopers juga boleh berubah. 
- tarbiah sentap 

Wallua'lam.












No comments:

Post a Comment